Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Ingkar PKP, Sembilan Notis Dikeluarkan

By 30 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Syafiq Md Saad/Mohd Husni Mubarak (Padang Terap)

PADANG TERAP, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak sembilan notis dikeluarkan oleh Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) hari ini atas pelbagai kesalahan seperti gagal memakai pelitup muka dengan betul dan segelintir peniaga yang gagal menyediakan alat pengimbas suhu badan mengikut (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Setiausaha Majlis Daerah Padang Terap Muhammad Nur Ihsan Yahaya, berkata mereka diberi notis 24 jam untuk hadir ke pejabat kesihatan daerah bagi tujuan siasatan.

“Sekiranya mereka didapati bersalah kompaun RM1,000 boleh dikenakan tanpa pengurangan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Keadaan di Pekan Sehari Kuala Nerang.

Keadaan di Pekan Sehari Kuala Nerang.

“Ops Bersepadu Pematuhan dan Pemantauan SOP PKP 2.0 ini dijalankan bersama-sama agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Kesihatan Daerah Padang Terap, Majlis Daerah Padang Terap, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) serta Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap bagi memastikan semua pengusaha dan pemilik premis serta orang awam mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya ketika mengadakan operasi di Pasar Sehari Kuala Nerang, di sini hari ini.

Menurut Nur Ihsan, Jawatankuasa Pemantauan dan Pematuhan COVID-19 Daerah Padang Terap telah mengerakkan jentera hebahan menerusi Pejabat Penerangan Daerah Padang Terap untuk sentiasa menghebahkan pematuhan SOP kepada orang awam supaya patuh kepada arahan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Hal ini sedikit sebanyak membantu pihak kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 dan mengekalkan status hijau di Daerah Padang Terap,” ujarnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda