
Laporan/foto: Siti Noorezrin/Muhammad Naim (Jempol)
JEMPOL, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Berkuat kuasa 22 Januari hingga 4 Februari ini, Negeri Sembilan antara negeri yang diumumkan bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Jempol, Supritenden Hoo Chang Hook, berkata pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol lebih optimis dan bersedia bagi pelaksanaan PKP ini.
“Ekoran daripada pengumuman tersebut, semua pihak perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“PDRM Jempol akan pertimbangkan keperluan untuk menambah Sekatan Jalanraya (SJR) sekiranya perlu dalam daerah ini yang mana sebelum ini SJR hanya tertumpu dikawasan persempadanan daerah sahaja,” katanya ketika ditemui membuat lawatan persiapan lokasi sekatan jalan raya yang bakal dilaksanakan, di sini baru-baru ini.
Chang Hook turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan komitmen agensi-agensi lain dalam memastikan anggotanya dapat bertugas dalam keadaan yang baik.
”Kami sangat menghargai kerjasama yang diberikan oleh agensi-agensi terbabit, yang memberi keselesaan bagi pegawai kami untuk bertugas di SJR,” katanya.
-AK