
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia melepasi 150,000 dengan jumlah kes harian direkodkan sebanyak 3,211 kes dalam tempoh 24 jam lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes harian itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 151,066, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan kini 35,253.
âDaripada keseluruhan kes baharu yang direkodkan hari ini lima daripadanya merupakan kes import dan selebihnya adalah penularan tempatan,â katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19 semalam.
Beliau berkata Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi dengan 889 kes, diikuti Johor (535 kes) dan Sabah sebanyak 514 kes.
Selain itu, lapan kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak 586 kes daripada jumlah keseluruhan kes.
Kes kematian itu melibatkan dua mangsa di Sabah, empat kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Kedah dan Johor, yang  kesemua mangsa berumur antara 62 hingga 79 tahun.
Dalam pada itu, bilangan kes pulih COVID-19 hari ini mencatatkan 1,939 kes, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya virus itu sebanyak 115,227 atau 76.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Katanya terdapat 204 pesakit yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 87Â daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
— BERNAMA