Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

KRT Bantu Penyebaran Maklumat

By 28 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Norhaidah Md Esa (Port Dickson)

PORT DICKSON, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah Port Dickson bersedia menghebahkan maklumat dan dasar kerajaan kepada masyarakat terutama maklumat berkaitan COVID-19.

Pegawai Perpaduan Daerah Port Dickson Amin Nudin Ahmad, berkata kerjasama antara Pejabat Perpaduan, KRT dan Pejabat Penerangan Daerah dalam membuat hebahan Info on Wheels (IoW) adalah inisiatif yang sangat diharapkan agar perkongsian maklumat dapat diperluaskan.

“KRT serta masyarakat setempat juga turut berperanan untuk bersama-sama menggembeleng tenaga menjadi barisan hadapan dengan memastikan kejiranan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mematuhi arahan kerajaan dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 ini.

“Sebanyak 32 KRT di daerah Port Dickson yang boleh bekerjasama seumpama ini dan hubungan ini perlu diperkukuhkan lagi untuk perkongsian maklumat dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika turut serta dalam hebahan IoW, di sini hari ini.

Sementara itu Pengerusi KRT Bagan Pinang Saharudin Abd Hadi, 66, berkata hebahan seumpama ini dapat melahirkan semangat kerjasama masyarakat dengan pihak jabatan kerajaan dalam memberikan maklumat yang tepat.

“Program seperti ini boleh diadakan lagi terutama di kawasan kampung agar masyarakat lebih mengetahui dan berwaspada tentang bahaya COVID-19 dalam kalangan komuniti.

“Terima kasih kepada pihak Pejabat Penerangan dan Pejabat Perpaduan kerana bukan sahaja membuat hebahan tetapi turut mengedarkan poster serta bahan-bahan penerbitan berkaitan COVID-19 untuk masyarakat lebih berwaspada,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda