Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Mangsa Banjir Terharu Terima Bantuan Kerajaan

By 18 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 62 ketua isi rumah (KIR) dari Taman Murni Permai, Kampung Tok Jembal yang terjejas dan mengalami kerugian akibat banjir menerima bantuan tunai dan barangan keperluan yang diserahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, dalam satu majlis sumbangan kepada mangsa banjir di sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata taman perumahan ini merupakan penempatan terawal yang terjejas dengan banjir dan diikuti dengan beberapa buah kawasan lain dalam parlimen ini menjadikan angka keseluruhan mangsa banjir adalah sebanyak 228 buah keluarga setakat ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali bergerak dari rumah ke rumah menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali bergerak dari rumah ke rumah menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.

Zulkifli A.Rahman, 63, yang juga penduduk di taman ini memberitahu bahawa dia mengalami kerugian sekitar RM5,000 ekoran pelbagai barangan dan peralatan rumah seperti perabot dan barangan eletrik tidak sempat diselamatkan kerana air naik dengan cepat dan diarahkan berpindah serta-merta ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) oleh pihak berkuasa.

“Walaupun masih bersedih dengan musibah yang melanda, bantuan yang disalurkan kerajaan ini sedikit sebanyak melegakan kami yang sedang berusaha memulihkan kehidupan selepas bencana kali ini,” katanya.

Zulkifli A.Rahman, 63 memberitahu kerugian yang dialami akibat banjir sekitar RM5,000.

Zulkifli A.Rahman, 63 memberitahu kerugian yang dialami akibat banjir sekitar RM5,000.

Seorang lagi mangsa Ridzuan Hakim Ibrahim, 29, melahirkan rasa syukur apabila pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan samada dari kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat.

Beliau juga turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak sukarelawan yang telah bertungkus-lumus membantu membersih rumah mangsa banjir di taman ini.

Ridzuan Hakim Ibrahim, 29 syukur pelbagai pihak tampil hulur bantuan.

Ridzuan Hakim Ibrahim, 29 syukur pelbagai pihak tampil hulur bantuan.

“Bantuan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan keluarga dan diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan membeli barangan keperluan rumah yang terjejas,” katanya.

Turut hadir Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir Fadhil Abdul Wahab, yang turut turun padang menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

-ii-

Tinggalkan komen anda