Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung di Luar Pulau Rusukan Kecil

By 3 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Mayat seorang lelaki yang tidak dikenali ditemukan terapung di laut di luar Pulau Rusukan Kecil, kira-kira dua batu nautika dari jeti Labuan pagi Sabtu lalu

Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani berkata mereka menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam kira-kira 10.30 pagi.

“Pasukan polis marin bersama-sama petugas kesihatan kemudiannya mengambil mayat yang berpakaian lengkap itu sebelum dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat,” katanya malam tadi.

Ibrahim berkata mayat itu tidak mempunyai tanda kecederaan.

“Oleh kerana tidak ada pengenalan diri, kami meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga agar membuat laporan di balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda