
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 13 Jan (Malaysiaaktif) – OperasiĀ organisasi media bagi tujuan produksi program, berita, rencana dan kandungan tempatan untuk penyampaian maklumat dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini.
MenteriĀ Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkataĀ bagaimanapunĀ dalam tempoh itu operasi media yang berbentuk penyiaran lain seperti hiburan tidak dibenarkan.
Menurut beliau, bagi negeri yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan BersyaratĀ (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula, operasiĀ organisasi media bolehĀ diteruskanĀ mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Para petugas media yang merupakan antara barisan hadapan ketika negara berhadapan dengan situasi sukar ini diingatkan untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam menjalankan tugas bagi melindungi diri serta menjaga keselamatan keluarga dan komuniti daripada ancaman COVID-19,” menurut Saifuddin.
Dalam pada itu, Saifuddin turut memaklumkanĀ maklumat lanjut mengenaiĀ SOP sektor komunikasi (termasuk telekomunikasi dan internet, penyiaran, serta pos dan kurier), teknologi maklumat, e-dagang dan industri kreatif boleh didapati di laman sesawang www.kkmm.gov.my atau menghubungi talian pentingĀ Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di talian 03-89115351 (8.00 pagi hingga 10.00 malam).
PelaksanaanĀ semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan SabahĀ untuk tempoh 14 hari hingga 26 Jan ini, diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin YassinĀ semalam.
Manakala PKPB akan dilaksanakan di Pahang, Perak, NegeriĀ Sembilan, Kedah, Terengganu dan KelantanĀ serta PKPP di Perlis dan Sarawak.
— BERNAMA