Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Nadma Nafi Buat Kenyataan Banjir Besar di Pahang

By 5 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini menafikan dakwaan bahawa Ketua Pengarahnya Datuk Dr Aminuddin Hassim telah membuat kenyataan berkaitan banjir besar yang dijangka berlaku di negeri Pahang seperti yang sedang tular dalam media sosial.

Menurut kenyataannya hari ini, Ketua Komunikasi Korporat Nadma Nur Daliza Dohat memaklumkan semua kenyataan yang berbentuk teknikal berkaitan situasi Monsun Timur Laut adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Sebelum ini, tular mesej mengenai Pahang bakal mengalami banjir besar tahun ini akibat kenaikan dua sungai utama di negeri itu.

Menurut mesej palsu itu, empat daerah bakal terjejas iaitu Temerloh, Maran, Pekan dan Kuantan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda