Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PDRM Pantau Kepatuhan SOP di Sekolah

By 20 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida/Muhammad Naim (Jempol)

JEMPOL, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah mengadakan lawatan ‘1st Day@School’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lui Barat.

Ketua Polis Daerah Jempol Supritenden Hoo Chang Hook, berkata tinjauan pada hari ini adalah bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekolah.

“Pihak kami amat berpuashati dengan tahap pematuhan dan amalan norma baharu yang dipratikkan di sekolah ini.

“Melalui tinjauan yang dijalankan kami dapati sekolah telah bersedia dan hanya perlu menambah baik sahaja pelaksanaan SOP, pihak IPD akan menggerakkan semua Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk membuat pemantauan di semua sekolah dalam daerah ini,” ujarnya yang ditemui ketika mengadakan lawatan di sekolah tersebut, di sini awal pagi tadi.

Sementara itu, Pengetua SMK Lui Barat Mahat Bujang, berkata kehadiran pelajar ke sekolah ini adalah hampir 90 peratus daripada seramai 103 pelajar secara keseluruhan yang akan mengambil peperiksaan.

“Pihak sekolah akan sentiasa membuat pemantauan dan mengenalpasti pelajar-pelajar supaya semuanya dapat mengikuti pembelajaran di sekolah.

“Sebelum sekolah dibuka pihak sekolah telah bersiap sedia dari segi membuat kerja-kerja sanitasi dan menepati SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya.

Selain itu, pihak sekolah juga mengamalkan penggunaan kod QR bagi semua kelas yang digunakan untuk mengelakkan daripada bersentuhan alat tulis dengan kerap terutama bagi guru-guru yang ingin menggunakan kelas atau makmal dan hanya satu bangunan sahaja digunakan bagi memudahkan pemantauan guru berkaitan SOP.

-AK

Tinggalkan komen anda