Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Peniaga Sumbang Makanan, Minuman Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan

By 29 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasliza Hamzah/Muhammad Nazriq Hakimi Abdul Gani (Segamat)

SEGAMAT, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Para peniaga Taman Yayasan telah mengadakan Program Jom Sumbang untuk Frontliner Daerah Segamat bagi menyantuni petugas di sekatan jalan raya (SJR) Simpang Felda Pemanis, SJR Jalan Pogoh dan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

Pengerusi Majlis RUMPUN Malaysia merangkap Pengerusi Majlis RUMPUN Segamat Datuk Abdul Aziz Jiman, pihaknya menggalas tanggungjawab khidmat masyarakat dengan menyalurkan sumbangan dalam bentuk makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan yang bertugas 24 jam bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kami bertanggungjawab untuk membantu meringankan tekanan para petugas barisan hadapan dengan memberi sokongan moral serta mengedarkan makanan dan minuman yang disumbangkan oleh ahli-ahli Niaga RUMPUN Segamat.

“Program bank makanan anjuran Majlis RUMPUN Segamat dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Segamat ini akan dibuat secara berterusan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kepada wakil Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, di sini semalam.

Pengerusi Majlis RUMPUN Malaysia Datuk Abdul Aziz Jiman (baju hitam) bersama ahli RUMPUN menyusun sumbangan yang diterima.

Pengerusi Majlis RUMPUN Malaysia Datuk Abdul Aziz Jiman (baju hitam) bersama ahli RUMPUN menyusun sumbangan yang diterima.

Tambah beliau, program sumbangan ini mendapat kerjasama yang baik dari para peniaga di tapak gerai Taman Yayasan.

Salah seorang peniaga yang ditemui, Mohd Hanafi Basri, 36, berkata seramai 30 peniaga terlibat dalam menyumbangkan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan yang mana 15 orang daripadanya merupakan ahli RUMPUN Segamat.

“Kami telah memulakan program sumbangan ini sejak PKP 1.0 lagi dan pada kali ini ia melibatkan para peniaga di tapak gerai Taman Yayasan.

“Program ini bukan sahaja melibatkan penyertaan dari ahli-ahli RUMPUN tetapi yang bukan ahli juga turut membuat sumbangan bagi menghargai pengorbanan dan jasa para petugas barisan hadapan yang bertugas siang dan malam di daerah ini,” ujarnya.

-NI-

Tinggalkan komen anda