Skip to main content
Berita TimurTerengganu

PKRC Pertama Dibuka di Terengganu

By 11 Januari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang pertama di negeri ini, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Dr. Alias Razak, berkata PKRC bertempat di Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu (ILKKT) dan pembukaan pusat itu bertujuan menempatkan mereka yang positif COVID-19 namun ianya berisiko rendah.

Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19.

Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19.

“Sehingga kini terdapat enam pesakit yang ditempatkan di situ dan mereka sebelum ini tidak bergejala serta tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan COVID-19 namun apabila pemeriksaan dibuat didapati mereka dijangkiti COVID-19.

“Mereka disaring setelah didapati mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19 dan ditempatkan di PKRC selama 14 hari,” katanya pada sidang media selepas melawat PKRC di sini.

Dr. Alias (dua dari kanan) melawat sekitar PKRC di Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu.

Dr. Alias (dua dari kanan) melawat sekitar PKRC di Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu.

Menurut Dr. Alias, JKNT mewartakan tiga PKRC iaitu ILKKT di Kuala Terengganu, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Penjara Marang di Marang.

“Ketiga-tiga PKRC itu mampu menampung sebanyak 556 katil dan daripada jumlah itu ILKKT menyediakan 150 katil, BTPN (106) dan selebihnya di Penjara Marang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak.

“Bagaimanapun, dua lagi PKRC iaitu BTPN dan Penjara Marang masih belum dibuka.

“Sehingga kini terdapat enam Pusat Kuarantin atau ‘Home Surveilance Centre’ (HSC) di negeri ini iaitu Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit, Kuala Nerus ; Akademi Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai, Marang ; Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILIM) di Besut ; Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur di Marang ; Darul Iman Training Centre (DITC) di Kemaman dan BTPN di Marang,” katanya.

Dr. Alias ( kanan) diberi penerangan oleh Dr.Nor Azimi ketika melawat bilik yang menempatkan pesakit di PKRC Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu.

Dr. Alias ( kanan) diberi penerangan oleh Dr.Nor Azimi ketika melawat bilik yang menempatkan pesakit di PKRC Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu.

Katanya, sehingga kini seramai 482 orang bawah pengawasan (PUS) masih dikuarantin di enam pusat tersebut bagi tujuan pengawasan serta pemerhatian kerana mempunyai risiko jangkitan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan keluar.

“Angka positif COVID-19 di negeri ini agak membimbangkan dan angka semakin bertambah bermula pada minggu pertama Disember lalu apabila orang ramai dari luar Terengganu mula mengunjungi negeri ini kerana cuti sekolah selain banyak cuti kelepasan am.

Dr. Alias ( kanan) beramah mesra dengan petugas PKRC di Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu.

Dr. Alias ( kanan) beramah mesra dengan petugas PKRC di Institut Latihan Kejururawatan Kuala Terengganu.

“Pada tempoh itu Terengganu merekodkan 216 positif COVID-19 dan 73 peratus adalah daripada luar Terengganu manakala selebihnya penularan tempatan.

“Sehubungan itu, adalah digalakkan bagi mereka yang tiba di Terengganu dari zon merah agar membuat saringan sebelum menghadiri majllis keramaian serta berada di kawasan tumpuan ramai,” katanya.

Dr. Alias juga mengesahkan tiada lagi laporan mengenai mangsa banjir yang tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini dijangkiti COVID-19.

Turut hadir dalam lawatan itu, Pengarah JKNT Dr. Nor Azimi Yunus.

-ii-

Tinggalkan komen anda