
Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)
MARAN, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin telah hadir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Maran bagi menyantuni mangsa banjir terlibat di kawasan tersebut.
Pegawai Daerah Maran Sharuddin Jali, berkata sehingga 9 Januari pukul 4.00 petang, jumlah PPS yang dibuka bagi daerah Maran adalah sebanyak 40 buah melibatkan 1134 buah keluarga serta 3605 orang mangsa.
Muhyiddin sempat bertemu dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir pada sesi lawatan tersebut.
Sebelum itu, Muhyiddin turut melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SMK Seberang di daerah Temerloh.
Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.
-KN