Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PRABN Pantau Hujan dan Aras Air Sungai 24 Jam Sehingga MTL Berakhir

By 6 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/Kementerian Alam Sekitar dan Air

PUTRAJAYA, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) sedang melaksanakan operasi pemantauan hujan dan aras air sungai berterusan untuk tempoh 24 jam.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pemantauan tersebut dilakukan bagi memantau hujan dan aras air sungai pada musim tengkujuh di seluruh negara.

“Berdasarkan tinjauan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), Monsun Timur Laut (MTL) di Malaysia telah bermula pada 11 November 2020 sehingga Mac 2021 dan dalam tempoh monsun ini, beberapa episod hujan lebat dijangka berlaku terutama di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

“Hujan lebat yang berterusan untuk tempoh beberapa hari berisiko mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir.

“Pusat ramalan yang dilaksanakan sejak 2015 berjaya mengurangkan risiko kerosakan dan kerugian harta benda serta kehilangan nyawa akibat kejadian banjir besar dan ini merupakan program ramalan dan amaran banjir yang sistematik dan komprehensif yang dilaksanakan oleh JPS selepas kejadian banjir besar pada tahun 2014,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.

Pusat ramalan yang dilaksanakan sejak 2015 ini berjaya mengurangkan risiko kerosakan dan kerugian harta benda serta kehilangan nyawa.

Pusat ramalan yang dilaksanakan sejak 2015 ini berjaya mengurangkan risiko kerosakan dan kerugian harta benda serta kehilangan nyawa.

Menurut Tuan Ibrahim, sebanyak 232 kejadian banjir direkodkan dari bulan November 2020 hingga 3 Januari 2021 yang mana sebanyak 171 kejadian banjir pada bulan November 2020, 80 kejadian banjir pada bulan Disember 2020 dan 72 kejadian banjir pada bulan Januari 2021.

“PRABN juga telah mengeluarkan sebanyak sembilan hebahan amaran banjir sejak operasi banjir MTL 2020/2021, dua hebahan bagi bulan November 2020, Disember 2020 (5) dan dua Hebahan Amaran Banjir setakat 4 Januari 2021.

“PRABN turut mengeluarkan sebanyak 104 Hebahan Amaran Ramalan Aras Air sejak operasi banjir MTL 2020/2021,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa mengambil serius setiap maklumat yang dikeluarkan.

“Maklumat hidrologi seperti data hujan dan aras air serta maklumat ramalan dan amaran banjir dikemaskini secara masa nyata di laman sesawang http://publicinfobanjir.water.gov.my/.

“Orang ramai boleh memperolehi maklumat ramalan dan amaran banjir dua hari lebih awal di lokasi-lokasi terpilih,” katanya.

Tinggalkan komen anda