Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rekod Tertinggi 4,427 Kes Sembuh, Kes Aktif Menurun

By 25 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Pesakit sembuh daripada COVID-19 di negara ini mencatat jumlah tertinggi dengan 4,427 kes sekali gus mengatasi bilangan kes baharu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kes aktif menurun kepada 41,677 kes berbanding 42,769 kes semalam.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baharu juga menurun namun kekal empat angka iaitu 3,346 orang manakala sembilan lagi kluster baharu dilaporkan termasuk lapan kluster penularan di tempat kerja.

“Selangor melaporkan kes harian baharu paling tinggi iaitu 950 kes; Sabah (431 kes); Kuala Lumpur (390 kes); Johor (378 kes); Sarawak (255 kes); Terengganu (179 kes); Negeri Sembilan (160 kes); dan Melaka (152 kes).

“Pulau Pinang dengan 90 kes; Kedah pula mencatat 85 kes; Kelantan (77 kes); Pahang (63 kes); Labuan (49 kes); Perak (46 kes); Putrajaya (38 kes); dan Perlis merekodkan hanya tiga kes,” katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19, semalam.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 11 lagi kematian dilaporkan melibatkan 10 warga tempatan dan seorang rakyat asing.

Sementara itu, terdapat 265 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 102 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda