Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

RM150 Juta Diperuntukan Baiki Kerosakan Jalan Raya di Sabah

By 27 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siscalistorina Janius/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Sejumlah RM150 juta peruntukan disediakan kerajaan negeri bagi membaiki kerosakan jalan raya akibat bencana alam di seluruh negeri ini.

Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor, berkata selain daripada kos tersebut, RM130 juta juga diperuntukkan bagi membaiki kerosakan harta awam kesan daripada ribut dan banjir.

“Kerosakan jalan memberi kesan kepada rakyat Sabah, oleh yang demikian kerajaan akan berusaha membaik pulih semua kerosakan dalam masa yang terdekat.

Keadaan jalan raya runtuh di Kilometer 44.7 Jalan Penampang – Tambunan yang berlaku pada 17 Januari yang lalu.

Keadaan jalan raya runtuh di Kilometer 44.7 Jalan Penampang – Tambunan yang berlaku pada 17 Januari yang lalu.

“Setakat ini, terdapat 15 buah jalan raya yang terputus dan sedang dibaiki manakala beberapa jalan yang lain sudah boleh dilalui,” katanya ketika ditemui media dalam sesi lawatan beliau di Kilometer 44.7 Jalan Penampang-Tambunan, di sini semalam.

Menurutnya, jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa berusaha dalam membaik pulih jalan-jalan rosak kesan daripada hujan berterusan yang mengubah struktur tanah.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Jeffrey Gapari Kitingan, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong serta wakil JKR Sabah.

-SH

Tinggalkan komen anda