Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sushi Wak Doyok Sampai di PKRC MAEPS 2.0

By 30 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin/Manarina Aqilah Mazlan (Petaling)

SERDANG, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Personaliti televisyen dan ikon fesyen Malaysia Mohd Azwan Md Nor, atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok menyampaikan sumbangan makanan kepada pihak Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Sumbangan disampaikan sebagai inisiatif beliau berkongsi rezeki dengan pesakit-pesakit COVID-19 dan juga para petugas barisan hadapan di sini.

“Ada pesakit yang mesej peribadi di platform media sosial, di mana pesakit itu teringin hendak merasai sushi daripada saya ini dan saya pun mengambil peluang ini untuk berkongsi rezeki dengan memberikan sushi ini kepada pesakit-pesakit COVID-19 dan para petugas di sini untuk merasai sushi ini bersama-sama.

“Sebanyak 5,000 pek sushi disediakan untuk pesakit-pesakit COVID-19 dan para petugas merasainya dan ini merupakan sushi keluaran saya sendiri dari dapur saya ‘Sushiwak Malaysia’,” katanya ketika mengedarkan sumbangan, di sini semalam.

Wak Doyok turut berharap kepada semua masyarakat untuk sama-sama patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan supaya dapat dihindari daripada virus COVID-19 ini dengan segera.

“Bila wabak ini tiada dan keadaan beransur pulih, maka kita pun senang untuk bekerja dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa.

“Ikutilah saranan kerajaan supaya kita jangan terlalu leka bebas keluar ke mana-mana ketika dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan sayangilah diri dan keluarga kita,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda