Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Talian Bantuan Prihatin Rakyat Ditutup Sementara

By 18 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik LHDN

PUTRAJAYA, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Talian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara mulai hari ini hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini, buat masa ini pelanggan yang mempunyai pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR boleh menghubungi cawangan atau pusat khidmat hasil (PKH) yang berdekatan.

Pelanggan juga boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPR di portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, permohonan baharu dan kemas kini maklumat BPR.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda