Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Thaipusam 2021: IPD Gombak Tutup Empat Jalan

By 27 Januari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe, memaklumkan empat jalan sekitar Batu Caves akan ditutup sempena sambutan Thaipusam esok.

Menurutnya, penutupan itu susulan kebenaran diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan pergerakan membawa Arca Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Seri Subramaniam, Batu Caves.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ingin memaklumkan akan membuat empat penutupan jalan bermula 27 Januari (12 malam) hingga 29 Januari (6 pagi).

“Laluan tersebut adalah susur ke Kuil Batu Caves dari arah bulatan Batu Caves, susur Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves dan jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Arifai, orang ramai tidak perlu hadir kerana upacara sembahyang di kuil sempena Thaipusam tahun ini tidak dibenarkan.

“Sebaliknya semua pihak hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.

“Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PKP (Thaipusam) yang telah ditetapkan oleh MKN,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda