Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tun Salleh Abas Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

By 16 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Kerajaan Negeri Terengganu

PUTRAJAYA, 16 Jan (Malaysiaaktif) – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas, meninggal dunia pada pukul 3.20 pagi tadi.

Anak Allahyarham, Natlrah ketika dihubungi Bernama mengesahkan Mohamed Salleh, 92, meninggal dunia akibat pneumonia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus, mengesahkan berita dukacita tersebut.

“Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda