Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Wanita Gagal Cuba Bunuh Diri

By 19 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Seorang wanita berusia 26 tahun gagal dalam cubaan membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua sebuah apartment di Selayang Heights, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pihaknya menerima panggilan daripada ibu mangsa pukul 5.50 pagi bahawa anaknya cuba membunuh diri.

“Ibu bapa mangsa terjaga dari tidur pukul 4.30 pagi lalu mendapati anaknya tiada dalam bilik dan terjumpa berada di atas ‘awning’ tingkat dua cuba terjun sambil mengatakan hendak bercakap dengan teman lelakinya.

“Pihak polis dan bomba Selayang hadir untuk membantu menurunkan mangsa, namun perempuan tersebut bertindak terjun sebelum jatuh di ‘awning’ tingkat satu dan papan iklan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, siasatan menunjukkan wanita tersebut menghadapi masalah hubungan dengan teman lelakinya beberapa minggu lepas sehingga mengambil tindakan demikian.

“Wanita itu mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, ” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda