Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

109 Pemimpin Masyarakat Tuaran Terima Watikah Pelantikan

By 11 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Azwan Mohamad/Johny George Kimlon (Kota Kinabalu)

TUARAN, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 109 pemimpin serta ketua masyarakat di peringkat kampung di sini menerima watikah pelantikan masing-masing pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina dan Ketua Kampung.

Mereka yang menerima terdiri daripada ketua masyarakat bagi kawasan N.12 Sulaman dan N.13 Pantai Dalit yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji mengingatkan golongan pemimpin berkenaan agar berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan bidang tugas serta menjaga tingkah laku.

“Melalui perlantikan ini, setiap perkara akan dapat diselesaikan di peringkat pentadbiran kampung terutama masalah yang berkaitan adat istiadat di kawasan masing-masing,” katanya ketika menyampaikan watikah pelantikan di Dewan Seri Sulaman Tuaran, di sini kelmarin.

Hajiji ketika berucap merasmikan majlis tersebut, di sini kelmarin.

Hajiji ketika berucap merasmikan majlis tersebut, di sini kelmarin.

Hajiji berharap mereka yang menerima watikah pelantikan dapat membantu kerajaan dalam merealisasikan aspirasi rakyat dan bersama-sama merancakkan pembangunan khususnya di daerah Tuaran.

“Saya mengharapkan ketua adat yang dilantik dapat memainkan peranan dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, khususnya dalam memartabatkan Mahkamah Anak Negeri.

“Begitu juga kepada Ketua Masyarakat Cina dan ketua kampung yang telah dilantik agar dapat menjalankan tanggungjawab secara profesional tanpa mengira fahaman politik, kepercayaan agama dan bangsa di kawasan masing-masing.

“Selain menjaga tingkah laku demi menjaga nama baik kepimpinan di peringkat kampung dan institusi mahkamah anak negeri, kerajaan juga berharap agar semua pemimpin masyarakat agar berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing,” jelas beliau.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli.

-SH

Tinggalkan komen anda