Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

2,253 Kes Baharu Dicatat dengan 11 Kematian

By 27 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 2,253 kes baharu COVID-19 dilaporkan  dengan 11 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini adalah 295,951 kes.

“Daripada jumlah kes baharu ini, 2,246 kes merupakan penularan dalam negara melibatkan 1,324 warganegara dan 922 bukan warganegara manakala tujuh kes import melibatkan tiga warganegara dan empat bukan warganegara.

Beliau berkata Selangor kembali mencatat kes baharu tertinggi menjangkau 633 kes, diikuti Perak (545 kes), Johor (276 kes), Sarawak (250 kes) dan Sabah dengan 129 kes.

Dr Noor Hisham berkata daripada 11 kes kematian yang dilaporkan, lapan melibatkan warga tempatan dan tiga bukan warganegara dalam lingkungan umur 36 hingga 78 tahun, dengan empat kes direkodkan di Selangor, Kuala Lumpur (tiga), Sarawak (dua) serta masing-masing satu kes di Johor dan Sabah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda