Skip to main content
Berita SelatanMANegeri Sembilan

Calon SPM 2020 Terima Sumbangan Kit Cegah COVID-19

By 20 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Muhamad Hanif Samad (Tampin) 

TAMPIN, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Sempena peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang akan bermula pada 22 Februari ini, pihak Majlis Belia daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan serta Pejabat Penerangan daerah Tampin telah mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan berupa Kit Cegah COVID-19 untuk calon-calon SPM di tiga buah sekolah di daerah ini.

Menurut Pengerusi Majlis Belia daerah Tampin Rizam Azmi Ibrahim, pemilihan sekolah yang dibuat adalah berdasarkan wakil untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdapat di daerah tersebut.

“Hari ini pihak Majlis Belia telah menyerahkan sumbangan sebanyak 450 Kit Cegah COVID-19 untuk calon-calon peperiksaan SPM 2020 di tiga buah sekolah mengikut kawasan DUN iaitu SMK Syed Idrus untuk DUN Repah, SMK Dato’ Mohd Taha untuk DUN Gemencheh dan SMK Felda (J) untuk DUN Gemas.”

Sesi pengagihan sumbangan Kit Cegah COVID-19 dan risalah terbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada pengetua SMK Dato‘ Mohd Taha, Gemencheh.

Sesi pengagihan sumbangan Kit Cegah COVID-19 dan risalah terbitan Jabatan Penerangan Malaysia kepada pengetua SMK Dato‘ Mohd Taha, Gemencheh.

“Set kit cegah COVID-19 ini mengandungi pelitup separuh muka, pencuci tangan pembasmi kuman dan risalah-risalah terbitan Jabatan Penerangan Malaysia.

“Selain itu, kami turut menyumbangkan sekotak kertas A4 kepada setiap sekolah untuk kegunaan sewaktu peperiksaan SPM berlangsung nanti,” katanya sewaktu ditemubual ketika selesai mengedarkan sumbangan kepada pihak sekolah semalam.

Tambah Rizam, kesemua kit tersebut bukan sekadar untuk edaran di sekolah sahaja, malah turut diperluaskan kepada orang awam.

“Inisiatif tersebut telah dijalankan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dikuatkuasakan bermula 27 Januari lalu,” katanya.

Selain mengagihkan sumbangan, badan bukan kerajaan (NGO) ini turut mengadakan pelbagai aktiviti untuk golongan belia seperti pertandingan permainan dalam talian serta kursus kemahiran.

“Sepanjang pandemik COVID-19 ini aktiviti belia yang melibatkan fizikal banyak yang terbatas, maka pihak Majlis Belia telah mengambil pendekatan untuk mengadakan kesemua aktiviti tersebut menerusi dalam talian,” katanya.

Menurut Naib Pengerusi Satu Majlis Belia daerah Tampin Muhammad Najib Mohd Radzuan, dalam masa terdekat pihak NGO tersebut telah merancang untuk menganjurkan pertandingan permainan dalam talian dan kursus kemahiran khusus untuk golongan belia.

“Menerusi kursus tersebut para belia dilihat bukan sekadar dapat menimba ilmu, malah dalam masa yang sama dapat menggunakan kemahiran yang ada untuk menjana pendapatan seperti menjalankan perniagaan atas talian,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda