Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bank Makanan Manfaat Golongan Sasar, B40

By 3 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 50 ketua isi rumah kategori B40 dari Taman Murni Permai, Kampung Tok Jembal bersyukur dan gembira apabila menerima bantuan barangan keperluan dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Fadhil Abdul Wahab, bantuan barang keperluan asas ini diagihkan kepada ketua isi rumah adalah kepada golongan B40 dan ke bawah yang telah dikenalpasti benar-benar terjejas punca pendapatan mereka.

“Antara barangan yang disumbangkan ialah beras, minyak masak, makanan dalam tin, biskut, kopi, teh dan sebagainya yang bertujuan untuk meringankan beban masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana di sini.

Penyelaras DUN Seberang Takir, Fadhil Abdul Wahab menyampaikan sumbangan YaPEIM dari rumah ke rumah.

Penyelaras DUN Seberang Takir, Fadhil Abdul Wahab menyampaikan sumbangan YaPEIM dari rumah ke rumah.

“Bantuan ini adalah tambahan kepada bantuan yang disalurkan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan juga kerajaan negeri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan akan dilaksanakan secara berterusan supaya mereka yang terjejas akan menerima manfaat dari inisiatif tersebut,” katanya yang ditemui sempena program agihan di sekitar kawasan sini, di sini kelmarin.

Azizah Abdul Aziz, 55, yang juga penduduk di sini berkata bantuan ini dapat mengurangkan bebanan perbelanjaan keluarganya memandangkan beliau seorang suri rumah, tambahan pula sejak PKP dilaksanakan pendapatan keluarganya mengalami sedikit penyusutan.

“Saya berharap agar kerajaan mengekalkan bentuk bantuan ini bersesuaian dengan situasi semasa sehinggalah keadaan benar-benar pulih daripada COVID-19,” katanya.

Azizah Abdul Aziz, 55, suri rumah.

Azizah Abdul Aziz, 55, suri rumah.

Saudah Harun, 65, melahirkan rasa syukur apabila pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan.

“Amat wajar bantuan barang keperluan diteruskan memandangkan situasi ekonomi semasa golongan berpendapatan rendah yang masih tidak menentu.

Saudah Harun, 65, syukur kerana ramai pihak tampil beri bantuan.

Saudah Harun, 65, syukur kerana ramai pihak tampil beri bantuan.

“Saya bersyukur atas keprihatinan pihak YaPEIM yang memperkenalkan program ini kerana saya sekeluarga bergantung sepenuhnya dengan gaji suami yang kurang dari RM2,000,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Zainal Lasin yang turun padang menyampaikan sumbangan kepada penerima.

-ii-

Tinggalkan komen anda