Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Hujan Lebat Dijangka Berterusan di Sabah dan Sarawak

By 1 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat, dijangka melibatkan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa hari ini sehingga Jumaat (5 Februari).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat di Sabah dijangka bermula esok sehingga Rabu (3 Februari) melibatkan daerah Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Sementara itu di Sarawak, hujan lebat diramal bermula hari ini sehingga Jumaat, membabitkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda