
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia masih merekodkan kes sembuh melebihi 4,000 kes melangkaui kes positif iaitu 4,782 kes dengan 10 kluster dan lapan kematian.
Bagi kes positif pula, ia merekodkan kes di bawah 3,000 kes iaitu 2,461 kes, begitu juga dengan kes aktif, yang mengalami penurunan kes kepada 34,468 kes berbanding semalam, 36,797 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 207 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Bagi kes positif, katanya, semua negeri merekodkan kes yang rendah di bawah 300 kes tetapi Selangor kembali merekodkan kes melebihi 1,000 kes iaitu 1,001 kes diikuti Kelantan, 257 kes; Johor, 233 kes; Kuala Lumpur, 230 kes; Sarawak, 134 kes; Sabah, 109 kes; Perak, 108 kes; Kedah, 101 kes.
“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 89 kes; Pulau Pinang, 87 kes; Pahang, 42 kes; Melaka, 32 kes; Terengganu, 22 kes; Putrajaya, 13 kes manakala Perlis, tiga kes dan Labuan, sifar kes.
“Kematian pula, semua kes melibatkan warga tempatan dengan empat kes di Sarawak manakala Selangor, Sabah, Perak, dan Kelantan, masing-masing satu kes,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dr. Noor Hisham berkata, kes kematian melibatkan lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 46 hingga 81 tahun.
“Kesemua mereka mempunyai pelbagai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, dislipidemia, kencing manis, buah pinggang kronik, critical limb ischemia dan kanser laryngeal,” katanya.
– UTUSAN ONLINE