
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 1 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh COVID-19 harian tertinggi apabila mencatatkan 4,522 kes, manakala kes baharu harian kekal melebihi 5,000 kes tiga hari berturut-turut,Ā namun menurun sedikit berbanding semalam dengan 5,298 kes.
Ketua Pengarah KesihatanĀ Tan Sri DrĀ Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 166,049 danĀ kumulatif kes kiniĀ 214,959, sementara bilangan kes aktif sebanyakĀ 48,150.
āBerdasarkan jumlah kes baharu hari ini,Ā 5,295 kes merupakan penularan tempatan manakalaĀ tigaĀ lagi kes import membabitkanĀ duaĀ warganegara dan seorangĀ warga asing.
āSelangor melaporkan kes harian baharu tertinggiĀ denganĀ 2,460 kes diikutiĀ JohorĀ (1,020 kes) dan Kuala Lumpur (783),ā katanya dalam kenyataan perkembangan COVID-19, semalam.
Dr Noor Hisham berkata, 313 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 127 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya sebanyak 14 kes kematian dilaporkan hari ini, melibatkan 12 kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Sarawak dan Kuala Lumpur, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 760.
— BERNAMA