Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PKRC Johor Kini Dibuka

By 11 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

PASIR GUDANG, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mula beroperasi selepas kerja-kerja persiapannya selesai semalam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, pusat ini mampu menampung sehingga 1,200 orang pesakit pada satu-satu masa.

“PKRC ini dibuka bagi memberi rawatan kepada pesakit positif COVID-19 tahap satu dan tahap dua iaitu mereka yang berisiko rendah dan tidak bergejala.

“Buat masa ini, hanya pesakit di kalangan warganegara Malaysia sahaja yang akan menerima rawatan di pusat ini,” menurut kenyataan tersebut yang dikeluarkan, di sini.

Hanya pesakit yang diarahkan oleh pihak COVID-19 Assesment Centre (CAC) sahaja yang perlu menjalani kuarantin di PKRC mengikut masa yang telah ditetapkan.

“Para pesakit yang diarahkan ke pusat ini perlu mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan PKRC dari masa ke semasa,” tambah kenyataaan itu.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PKRC di talian 07-2553201 atau 07-2523696 untuk keterangan lanjut.

-NI-

Tinggalkan komen anda