Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Rezeki di Sebalik PKP 2.0

By 4 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 04 Feb (Malaysiaaktif) – Siapa sangka di sebalik ‘kepayahan’ pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 telah membuka peluang rezeki baharu kepada anak muda.

Bagi penghantar makanan persendirian, Fatin Zakaria, 25, pengalaman yang dihadapi semasa PKP sebelum ini telah membuka peluang untuk beliau mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

“Kebanyakan restoran dan gerai makanan di Hulu Terengganu tidak menyediakan penghantar makanan sendiri, hal ini membuka peluang kepada saya dan individu lain untuk mengambil tempahan dan menghantar makanan kepada pelanggan.

“Saya akan mengambil tempahan makanan secara tetap setiap hari untuk dihantar kepada pelanggan di sekitar Hulu Terengganu.

“Sekarang, saya mampu meraih pendapatan sekurang-kurang RM200 sehari semenjak menjadi penghantar makanan kepada pelanggan tetap di sekitar Hulu Terengganu,” katanya yang ditemui ketika menghantar makanan kepada pelanggannya, di sini baru-baru ini.

Fatin Zakaria, 25, penghantar makanan persendirian menunjukkan makanan yang diambil untuk para pelanggannya.

Fatin Zakaria, 25, penghantar makanan persendirian menunjukkan makanan yang diambil untuk para pelanggannya.

Manakala seorang pengusaha restoran di Kuala Berang, Muhammad Khairul Azahar Abdul Ghani, 34, restoran yang diusahakan oleh beliau pada asalnya dibuka bermula pukul 4.00 petang sehingga 12.00 malam terpaksa diubah waktu dan cara perniagaan demi mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa PKP 2.0.

“Sepanjang PKP, restoran kami akan beroperasi bermula pukul 9.00 pagi sehingga 10.00 malam sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan, restoran kami juga turut menyediakan menu makanan tengah hari iaitu ayam payang dan nasi ayam payang yang mendapat sambutan meskipun ketika PKP,” katanya.

Muhammad Azahar Abdul Ghani, 34, pengusaha restoren di Kuala Berang bersyukur dengan rezeki musim PKP.

Muhammad Azahar Abdul Ghani, 34, pengusaha restoran di Kuala Berang bersyukur dengan rezeki musim PKP.

Majoriti penghantar makanan sama ada persendirian mahupun yang berdaftar dengan syarikat serta pengusaha makanan gembira dengan perolehan yang diterima kerana ramai penduduk yang lebih suka menempah makanan dari luar semasa PKP ini.

-ii-

Tinggalkan komen anda