Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Saringan COVID-19 di Felda Tersat

By 2 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 2 Feb (MalaysiaAktif) – Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu melaksanakan ujian saringan COVID-19 kepada penduduk di Felda Tersat.

Warga Felda yang hadir menjalani Saringan COVID-19.

Warga Felda yang hadir menjalani Saringan COVID-19.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Tersat Mohd Sayuti Daud, 61, berkata tindakan pantas Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu melakukan ujian saringan COVID-19 di tanah rancangan berkenaan bagi mengenal pasti dan mengekang penularan wabak kepada komuniti amat tepat sekali.

“Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu telah membuka empat kaunter saringan di Dewan Serbaneka Felda Tersat selama 3 jam bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi melancarkan perjalanan ujian saringan berkenaan, baru-baru ini.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Tersat, Mohd Sayuti Daud, 61.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Tersat, Mohd Sayuti Daud, 61.

“Mengikut rekod yang diterima, seramai 518 warga Felda Tersat telah hadir membuat pemeriksaan dan 224 sampel telah diambil untuk saringan,” katanya.

Tinggalkan komen anda