Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Telefon Pintar Percuma untuk PdPR Terancang

By 3 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: RA Othman/Afnan Hakimi (Marang)

MARANG, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang melalui Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Daerah Marang bersama Pejabat Daerah Marang (PDM) telah mengambil inisiatif menyalurkan bantuan dan sumbangan pemberian telefon pintar berserta kad sim dan sumbangan wang ringgit kepada pelajar yang memerlukan di sekitar daerah sini.

Pegawai Pendidikan Daerah Marang Mohamad Nawawi Rani, dalam kenyataannya berkata sumbangan ini adalah hasil idea yang telah dicetuskan oleh Pegawai Daerah Marang Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, dengan mewujudkan program ‘Cakna Didik Marang Hebak’ dalam memastikan tiada keciciran pelajaran murid-murid di daerah ini terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting.

Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani menerima sumbangan telefon pintar dan wang ringgit daripada Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal sambil diperhatikan oleh Sulaiman Sulong, ADUN Pengkalan Berangan.

Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani menerima sumbangan telefon pintar dan wang ringgit daripada Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal sambil diperhatikan oleh Sulaiman Sulong, ADUN Pengkalan Berangan.

“Kita bimbang dan cukup risau sekiranya ketiadaan telefon pintar atau alatan lain yang memudahkan pembelajaran boleh membantutkan hasrat pelajar-pelajar kita untuk terus menimba ilmu kerana saya difahamkan pelajar-pelajar kita sangat bersemangat untuk meneruskan pembelajaran walaupun tidak dapat hadir ke sekolah secara fizikal akibat COVID-19.

“Sumbangan akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang berpotensi dalam pembelajaran serta pelajar yang terdiri daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan bagi membantu mengatasi ketinggalan sesi pembelajaran yang telah bermula secara rasmi pada 24 Januari lalu,” katanya ketika menerima penyerahan sumbangan 10 unit telefon pintar di pekarangan PPD Marang, di sini semalam.

Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani berterima kasih kepada pihak yang telah memberikan sumbangan untuk pelajar-pelajar yang layak menerimanya.

Pegawai Pendidikan Daerah Marang, Mohamad Nawawi Rani berterima kasih kepada pihak yang telah memberikan sumbangan untuk pelajar-pelajar yang layak menerimanya.

Tun Ahmad Faisal selaku pencetus idea program ‘Cakna Didik Marang Hebak’ kini telah berjaya menarik pihak syarikat korporat untuk menyumbang 10 unit telefon pintar berserta wang untuk pembelian kad tambah nilai dan aksesori berbentuk kabel sambungan HDMI kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang dan SMK Dato’ Awang Jabar di Jambu Bongkok.

“Kita memilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan bagi penerimaan pertama sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada syarikat tersebut yang telah bermurah hati menyumbang untuk kawasan ini,” katanya.

Sulaiman Sulong mengambil peluang meneliti telefon pintar yang bakal diagihkan kepada pelajar di SMK Merchang dan SMK Dato' Awang Jabar.

Sulaiman Sulong mengambil peluang meneliti telefon pintar yang bakal diagihkan kepada pelajar di SMK Merchang dan SMK Dato’ Awang Jabar.

Tambah beliau lagi, dijangka sebanyak 20 unit yang lain akan diagihkan kepada pelajar yang akan dikenal pasti di daerah ini pada minggu hadapan.

Katanya, program ‘Cakna Didik Marang Hebat’ telah mensasarkan seramai 100 pelajar akan mendapat sumbangan peranti manakala 1,000 orang pelajar yang mempunyai kemudahan telefon pintar akan menerima sumbangan kad tambah nilai sebanyak RM20 bagi pembelian data internet.

-ii-

Tinggalkan komen anda