
Laporan/foto: Suzaima Ibrahim (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 19 Mac (Malaysiaaktif) ā PelajarĀ Sekolah Kebangsaan (SK) Buang Sayang Papar, Muhammad Raziq Mohd Ridzuan, 12, diumumkan sebagai Johan Pertandingan Esei peringkat sekolah rendah sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-16 (HUT16) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).
Muhammad Raziq tidak menyangka minatnya dalam penulisan membawa tuah kepada dirinya.
āPada mulanya saya rasa agak tidak percaya apabila dihubungi oleh pihak Maritim Malaysia dan dimaklumkan bahawa saya telah memenangi tempat pertama pertandingan itu.
āSaya mengetahui pertandingan ini apabila guru kelas menyarankan mana-mana pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut.
āSaya agak teruja dan mengambil masa selama tiga hari bagi membuat penyelidikan dan menyiapkan esei berkenaan.
āTerima kasih kepada keluarga dan guru-guru yang sentiasa memberi sokongan memandangkan ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini dan insya-Allah akan menyertai lebih banyak pertandingan pada masa akan datang,ā kongsinya ketika dihubungi pemberita, di sini baru-baru ini.
Selain Muhammad Raziq, pemenang-pemenang lain adalah Muhammad Akmal Halim Ismail, 12, dari SK Putrajaya Presint 14 (1) di tempat kedua dan Nur Dania Zahra Mohd Fazulli, 12, dari SK Telok Panglima Garang, Selangor di tempat ketiga.
Sementara itu, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata pertandingan berkenaan dianjurkan untuk memberi pendedahan mengenai agensi Maritim Malaysia kepada pihak umum terutama golongan muda.
āPertandingan sebegini dilaksanakan sebagai salah satu usaha mempromosikan keberadaan, peranan dan fungsi agensi ini serta memberi peluang kepada pelajar sekolah menggarap idea dan impian sekiranya ingin berkhidmat dengan Maritim Malaysia pada masa hadapan.
āMaritim Malaysia merakamkan penghargaan kepada semua yang memeriahkan sambutan HUT16 diatas sokongan kepada Maritim Malaysia dalam menjaga kesejahteraan perairan negara,ā katanya dalam satu kenyataan.
Pemenang bagi kategori esei sekolah menengah, tempat pertama, Nurul Izyan Nabilah Bedara Latik, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Betak, Pontian; tempat kedua, Nurul Shakinah Mamat Hanuai, 17, juga dariĀ sekolah sama manakala tempat ketiga, Nursyazreen Natasya Mohd Shaarani, 16, Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.
Turut dipertandingkan dalam pertandingan tersebut, kategoriĀ Laporan Khas Berita TV Terbaik dimenangi Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perlis,Ā kategori Rencana Akhbar Terbaik (Harian Metro),Ā kategori Pertandingan Media Alternatif dan Blogger (Seadamon Says) danĀ kategori poster terbaik (Zainuddin Salleh).
-RI