Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

100 Individu Terima Sumbangan Sempena Program Infaq Kasih Ramadan

By 30 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 30 April (Malaysiaaktif) – Seramai 100 individu daripada golongan asnaf dan B40 terpilih dari Mukim Pekula, Tikam Batu di sini menerima bantuan keperluan harian dalam program Infak Kasih Ramadan anjuran Malaysia Relief Agency (MRA) dengan kerjasama pejabat penghulu mukim tersebut.

Menurut Penghulu Mukim Pekula, Zamri Jamaludin, bantuan barangan keperluan harian ini adalah hasil tajaan oleh Yayasan UEM (United Engineering Malaysia) dan diuruskan oleh MRA serta disampaikan oleh Pengerusi MRA Negeri Kedah Dr Mohd Saifudin Al Hany Abd Halim, kepada para penerima sumbangan.

“Sumbangan yang diberikan berupa barangan keperluan harian serta satu set tilam setiap seorang.

“Program Infak Kasih Ramadan yang dilaksanakan ini adalah untuk menyantuni serta membantu golongan kurang berkemampuan untuk menghadapi bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui sempena majlis serahan di pejabatnya, di sini kelmarin.

Antara sumbangan yang diberikan sempena Program Infaq Kasih Ramadan.

Antara sumbangan yang diberikan sempena Program Infaq Kasih Ramadan kepada golongan memerlukan.

Menurut salah seorang penerima bantuan Chah Jusoh, mengucapkan terima kasih kepada pemberi sumbangan terutama Yayasan UEM dan MRA, serta Pejabat Penghulu Mukim Pekula atas bantuan yang diberikan ini.

“Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban sara hidup dalam bulan ramadan kali ini,” katanya selepas menerima sumbangan tersebut.

Turut dilancarkan, tabung sumbangan Rayuan Sinar Kasih Ramadan 2021 dan sumbangan yang diterima ini akan disampaikan kepada golongan yang memerlukan sempena Program Infak Kasih Ramadan kali ini.

~RJ~

Tinggalkan komen anda