Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

30 Murid SK Bukit Padang Terima Sumbangan Mahabah Ramadan

By 30 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Merusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 30 April (Malaysiaaktif) – Pihak syarikat tekstil Jakel Silk House, cawangan Sabah melakukan kerjasama amal bersama-sama Kelab Staf Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Padang melalui Program Mahabah Ramadan Jakel untuk anak-anak yatim dan asnaf di sekolah tersebut.

Menurut Pengarah syarikat tersebut Cawangan Sabah Mohd Amran Mohd Nor, pihaknya mengalu-alukan kerjasama dua hala antara pihak kerajaan dan pihak swasta dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Johanna (kiri), Mohammad Masni dan Amran (kanan) menunjukkan antara baju yang akan disumbangkan kepada murid perempuan.

Johanna (kiri), Mohammad Masni dan Amran (kanan) menunjukkan antara baju yang akan disumbangkan kepada murid perempuan.

“Usaha ini amat baik kerana bagi pihak kami mempunyai kekangan masa untuk mengenal pasti golongan yang memerlukan dan dengan adanya program-program seperti ini amat memudahkan dan diharap kerjasama seperti ini harus diteruskan pada masa akan datang.

“Bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan pada tahun ini pihak syarikat turut meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menaja potongan diskaun sehingga 60 peratus bagi setiap item kelengkapan hari raya di gedung ini kepada 30 murid anak yatim dan asnaf SK Bukit Padang yang kurang berkemampuan,” jelas Amran pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di gedung pernigaannya di sini semalam.

Sementara itu, Guru Besar S.K. Bukit Padang Mohammad Masni Nanun berkata objektif utama program tersebut diadakan adalah bagi memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim dan murid yang kurang berkemampuan agar kemeriahan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dapat diraikan dengan perasaan gembira.

Mohammad Masni Nanun.

Mohammad Masni Nanun.

“Program ini juga diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada para guru, ibu bapa serta para penderma untuk menyumbang dana bagi membantu pelajar di sekolah ini.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengerusi Kelab Staf SK Bukit Padang Azlan Soaibah, serta seluruh Ahli Jawatankuasa yang terlibat kerana telah merancang program ini dengan cemerlang walaupun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19,” jelas beliau.

Harapan Mohammad Masni agar pada tahun yang mendatang program ini akan mendapat lebih banyak sumbangan dari pelbagai pihak agar lebih ramai lagi anak yatim dan golongan kurang berkemampuan mendapat manfaat agar kemeriahan bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dapat diraikan dengan suasana yang gembira dan ceria.

AJK Kelab Staff S.K. Bukit Padang bersama-sama dengan sumbangan yang akan diberikan kepada anak-anak yatim dan murid kurang berkemampuan.

AJK Kelab Staff S.K. Bukit Padang bersama-sama dengan sumbangan yang akan diberikan kepada anak-anak yatim dan murid kurang berkemampuan.

-RI

Tinggalkan komen anda