Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Alternatif Penduduk Pelajari Kaedah Cantuman Pokok Durian

By 8 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin/Abd Ghani Zainuddin (Seremban)

SEREMBAN, 8 April (Malaysiaaktif) – Masyarakat pada ketika ini perlu bersedia menceburi bidang pertanian dalam pelbagai kaedah dalam usaha menjana pendapatan mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan Umairah Abu Kassim, berkata pertanian dengan menggunakan kaedah cantuman ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan produktiviti serta pengeluaran sesuatu produk.

“Konsep turun padang Jabatan Pertanian negeri juga mampu memperkemaskan kembali teknik pengurusan tanaman bagi mendapatkan hasil yang optimum, khususnya tanaman durian ini.

“Program anjuran Pejabat Pertanian Daerah Seremban dengan kerjasama MPKK Kampung Seliau Baru ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kursus mengenai pengurusan tanaman dan kaedah cantuman pokok durian bagi mendapatkan hasil yang optimum,” katanya semasa Kursus Cantuman Durian di pejabat pertanian tersebut, di sini semalam.

Peserta Kursus, Abdul Ghani Zainuddin, 52, berkata banyak ilmu dan maklumat berguna yang diperolehi daripada kursus ini.

“Saya berasa sangat bertuah dan teruja mengikuti kursus ini kerana sebelum ini kami tidak mengetahui kaedah yang diajar tambahan pula tidak didedahkan dengn ilmu sebegini, dan saya akan cuba mempraktikkan apa yang telah diajar pada hari ini,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda