Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Golongan Berisiko Tinggi, Kelompok Penting Perlu Vaksin

By 24 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 April (Malaysiaaktif) – Golongan berisiko tinggi iaitu penghidap penyakit kronik dan warga emas merupakan kelompok yang paling penting untuk mengambil vaksin.

Menurut Doktor Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital Queen Elizabeth II, Dr. Giri Shan Rajahram, vaksinasi merupakan cara yang paling cepat, selamat dan berkesan untuk mendapatkan imuniti terhadap jangkitan panyakit tanpa sebarang komplikasi yang teruk boleh berlaku daripada penyakit semula jadi.

“Saya amat galakkan kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan, lanjut umur untuk segera mendaftar dan mengambil vaksin ini dengan kadar segera untuk melindungi diri dari jangkitan virus COVID-19.

“Sementara itu, bagi pesakit kanser yang masih dalam rawatan kimoterapi atau radioterapi adalah dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat agar mengetahui bila masa yang sesuai untuk mendapatkan imunisasi.

Dr. Giri Shan ketika menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan vaksin dan virus COVID-19.

Dr. Giri Shan ketika menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan vaksin dan virus COVID-19.

“Kepada bekas pesakit kanser dan telah sembuh juga amat digalakkan mendaftar dan mendapatkan vaksinasi secepat mungkin bagi memperolehi imuniti dari jangkitan virus ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara yang disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah bertajuk ‘Kenapa Mau Takut Sama Vaksin’ dikendalikan oleh Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Keselamatan MKN Sabah, Amir Shah Noor Ahmad sebagai moderator pagi Khamis.

Tambah beliau, dari segi klinikal, pemberian dos yang pertama adalah untuk membiasakan badan mengenal virus tersebut untuk menghasilkan antibodi rendah.

Jelasnya, apabila badan menerima dos vaksin kedua akan dirangsangkan untuk menghasilkan tahap antibodi yang lebih banyak bagi melindungi diri dari jangkitan virus COVID-19 agar badan lebih bersedia sekiranya dijangkiti.

Amir Shah Noor Ahmad ketika mengendalikan sidang bual bicara.

Amir Shah Noor Ahmad ketika mengendalikan sidang bual bicara.

  • -RI

Tinggalkan komen anda