Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Hebahan Vaksin Bersama Ahli Parlimen Rembau

By 26 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)  

REMBAU, 26 April (Malaysiaaktif ) –Hebahan vaksin COVID-19 merupakan aktiviti pejabat Penerangan Malaysia Daerah Rembau bagi tujuan memberikan maklumat pada masyarakat sekitar Rembau mengenai perlunya mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secara percuma yang melindungi diri dari jangkitan COVID-19 pada diri dan masyarakat.

Hebahan vaksin COVID-19 melalui unit bergerak Info on Wheels (IoW) mendapat dorongan semangat kerana Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut sama turun membuat hebahan dan  secara langsung bercakap melalui pembesar suara meminta masyarakat sekitar Rembau agar mendaftar untuk mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Hebahan merangkumi pekan Rembau di hadapan Bank, tapak bazar juadah buka puasa bersebelahan Balai Polis Rembau serta pasar raya family stor dan hebahan ini juga memasuki kampung selemak dan berakhir di Kampung Gadong.

Di Kampung Selemak Ahli Parlimen Rembau telah membuat kunjungan ke berapa rumah penduduk memaklumkan pada mereka perlunya mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19.

Pada masa yang sama di masjid Kampung Gadong ahli parlimen turut mendaftarkan nama mereka yang masih belum mendaftar dalam my sejahtera.

Pemilik gerai minuman Ahmad Ibrahim, 45, mengatakan beliau teruja dengan kehadiran Ahli Parlimen Rembau ke gerai beliau untuk memaklumkan perlunya beliau mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19.

“Masyarakat perlu segera bertindak dengan mendaftarkan diri untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 demi keselamatan diri juga ahli keluarga mereka dari di jangkiti virus COVID-19,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

-FF

Tinggalkan komen anda