Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 Lawat Sabah

By 6 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 6 April (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 mengadakan lawatan kerja ke Sabah bagi meninjau perkembangan berkaitan COVID-19 di sini.

Pengerusinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), berkata lawatan kerja ke setiap negeri yang terjejas adalah penting untuk merangka langkah penambahbaikan pengurusan COVID-19 di negara ini.

“Selaku Pengerusi bersama bagi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19, tinjauan ke lokasi adalah penting bagi melihat sendiri keadaan di kawasan terjejas.

“Lawatan kerja ini meliputi pertemuan bersama para pemimpin negeri bagi mendapatkan maklumat serta meninjau keperluan dalam merancang tindakan susulan yang perlu dilakukan,” katanya.

TAKLIMAT....Takiyuddin (dua dari kanan) bersama Noor Hisham (kanan) dan Safar (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada Sade (kiri).

TAKLIMAT….Takiyuddin (dua dari kanan) bersama Noor Hisham (kanan) dan Safar (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada Sade (kiri).

Beliau ditemui media ketika mengetuai lawatan kerja ke Depot Imigresen Kota Kinabalu bersama-sama Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi bersama jawatankuasa terbabit, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Mengulas mengenai isu pengusiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), beliau menjelaskan, langkah tersendiri perlu diambil dalam menangani hal tersebut.

“Pengusiran PATI melibatkan hubungan antara dua negara, jadi perbincangan akan dilakukan bagi menyelesaikan isu pengusiran mereka yang berada dalam tahanan.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri serta jabatan berkaitan akan mengambil jalan yang terbaik bagi menyelesaikan isu ini,” tambah beliau.

TINJAU...Takiyuddin (kanan) meninjau keadaan dan keperluan di Depot Imigresen KK, diiringi Sade (kiri).

TINJAU…Takiyuddin (kanan) meninjau keadaan dan keperluan di Depot Imigresen KK, diiringi Sade (kiri).

-RI

Tinggalkan komen anda