Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JCorp Sumbang 50 Komputer Riba kepada Pesakit Kanser

By 6 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Johor Corporation (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 6 April (Malaysiaaktif) – Berpegang kepada misi membina dan membela, Johor Corporation (JCorp) dan syarikat kumpulannya menerusi Yayasan JCorp menyerahkan 50 komputer riba kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) menerusi inisiatif “Everywhere Classroom“.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah selaku Penaung YKTLJ berkenan menerima penyerahan 50 komputer riba tersebut daripada Pengerusi Yayasan JCorp Rozaini Mohd Sani di Istana Bukit Serene, di sini semalam.

“Komputer riba tersebut akan diserahkan kepada 50 pesakit kanser berumur di antara tujuh hingga 17 tahun di seluruh Johor.

Komputer riba tersebut dilengkapi dengan perisian yang sesuai dengan usia bagi memenuhi keperluan penerima - Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim

Komputer riba tersebut dilengkapi dengan perisian yang sesuai dengan usia bagi memenuhi keperluan penerima.

“Komputer riba tersebut juga dilengkapi dengan perisian yang bersesuaian dengan usia bagi memenuhi keperluan penerima yang mana kami berharap kemudahan ini dapat membantu pesakit yang masih menerima rawatan untuk meneruskan pembelajaran dalam talian ketika situasi pandemik yang semakin mencabar.

“Inisiatif ini juga diinspirasikan daripada usaha berterusan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sentiasa aktif membantu golongan memerlukan serta meningkatkan kesejahteraan Bangsa Johor,” menurut kenyataan tersebut.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif YKTLJ Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.

-NI-

Tinggalkan komen anda