
Laporan/foto: Luqman Hakim/A.Prabagaran (Petaling)
PETALING JAYA, 12 April (Malaysiaaktif) – Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta tahun ini untuk Gurdwara Sahib di seluruh Malaysia.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata masyarakat komuniti Sikh di Malaysia telah memberikan sumbangan yang besar kepada negara ini.
âKomuniti Sikh telah memberi sumbangan besar merentasi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial merangkumi bidang kesihatan, kesukanan dan berbagai lagi dan kerajaan telah mengeluarkan belanja yang besar pada tahun lalu akibat wabak pandemik COVID-19 dan pakej rangsangan ekonomi yang menelan belanja hampir RM600 billion.
âTahun ini kerajaan menambah daripada RM2.18 juta kepada RM3 juta untuk Gurdwara seluruh negara di samping RM1 juta khusus untuk pusat Sikh,” katanya ketika berucap pada majlis sepetang sempena sambutan Hari Vakashi 2021 di Gurdwara Sahib Petaling Jaya, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan amat komited untuk terus memperkukuhkan semua komuniti termasuk komuniti Sikh.
âSaya ingin menegaskan bahawa dasar kita adalah berteraskan prinsip saling menghormati, keterangkuman dan keadilan.
âJusteru itu amat penting untuk kita semua saling mengenali dan memahami keunikan budaya dan sejarah antara satu sama lain,â ujarnya.
Turut hadir dalam majlis ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Saldar Dalbir Singh.
-RI