
Laporan/foto: Hamisah Sumar/Shamsul Sulaiman (Johor Bahru)
PONTIAN, 25 April (Malaysiaaktif) – Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) merupakan medium baharu Jabatan Penerangan (JaPen) bagi mendekati masyarakat dan memastikan maklumat yang diperolehi tidak terhad dalam lingkungan komuniti sahaja.
Menurut Pemangku Pengarah Penerangan Negeri Johor Mohammed Iqbal Ibrahim, program ini merupakan inisiatif jabatan untuk mendekati masyarakat dan memperkukuhkan lagi jaringan perhubungan serta memperkenalkan platform media sosial JaPen kepada penduduk setempat.
“KOMTIS menjadi jambatan perhubungan kepada masyakarat dalam usaha menangani dakyah, fitnah, propaganda, jenayah sosial dan penyebaran maklumat tidak sahih dan kurang tepat dalam kalangan masyakarat setempat.
“Pada program ini, turut diadakan aktiviti gotong-royong penyediaan dan pengedaran bubur lambuk oleh JaPen Johor dan para penduduk kampung,” katanya lagi ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS): Gotong-Royong Bubur Lambuk bersama Menteri Besar Johor di Masjid Parit Haji Siraj Kayu Ara Pasong Pontian, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, pada program tersebut Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad telah menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulai Sebatang.
-NI-