Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

MyVAC Bantu Barisan Hadapan

By 26 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

KAMUNTING, 26 April (Malaysiaaktif) – Sukarelawan Belia MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) secara rasminya memulakan tugasan pertama mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Besar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping semalam.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah LMS Mohammad Izwan Rojehan, seramai lima orang sukarelawan telah mula bertugas pada sesi pertama ini.

“Kali ini kita sasarkan lebih ramai golongan berisiko serta warga emas yang menerima suntikan vaksin COVID-19 dan pasukan sukarelawan Belia MyVAC telah bersedia memberikan khidmat mereka seawal 8.00 pagi untuk membantu memudahkan proses pengurusan pemberian suntikan vaksin kepada golongan yang disasarkan tersebut.

Para sukarelawan ini merupakan antara 10 orang yang telah diterima untuk menyertai pasukan ini setelah mengambil kira faktor-faktor tertentu semasa sesi pemilihan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS),” katanya ketika ditemui di pusat tersebut, di sini.

Pesara polis, Ng Guat Choo, 67, salah seorang petugas sukarelawan MyVAC.

Pesara polis, Ng Guat Choo, 67, salah seorang petugas sukarelawan MyVAC.

Sementara itu, pesara polis Ng Guat Choo, 67, berkata tugasan ini nampak mudah tetapi mencabar.

“Sebagai sukarelawan, saya ditugaskan untuk menghubungi pendaftar-pendaftar Vaksin COVID-19 yang berbangsa Tiong Hua untuk memaklumkan tarikh suntikan selain menjawab setiap pertanyaan mereka dengan jelas dan tenang,” katanya yang fasih berbahasa Mandarin dan Bahasa Melayu.

Golongan belia Malaysia amat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dalam komuniti MyVAC, MyVAC merupakan inisiatif di bawah kelolaan bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) bagi melancarkan program vaksinasi COVID-19.

~RJ~

Tinggalkan komen anda