Skip to main content
Berita SelatanMANegeri Sembilan

Penduduk Daerah Tampin Patuhi SOP di Bazaar Ramadan

By 20 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Zaman(Tampin)

TAMPIN, 20 April (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Daerah Tampin mengunjungi Pasar Tani di Daerah Tampin dengan memberi risalah-risalah mengenai dasar-dasar kerajaan.

Penyelaras Program Mohd Fauzi Mohd Yusoff, menyatakan kerajaan telah memberi kebenaran untuk peniaga-peniaga berniaga di bazar Ramadan dengan syarat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Hasil daripada pemerhatian mendapati peniaga dan pengunjung yang hadir ke bazar Ramadan di Stadium Tampin telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan pihak penganjur telah menyediakan tempat laluan masuk dan keluar sehala sahaja untuk pelanggan-pelanggan bagi mengelakkan bersentuhan dengan yang lain.

“Di samping itu, sebelum pengunjung memasuki bazar Ramadan, mereka dikehendaki untuk memeriksa suhu, menggunakan pensanitasi tangan dan mengimbas kod QR pada aplikasi MySejahtera untuk langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19 serta pembudayaan norma baharu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Fauzi, kerjasama daripada anggota penguatkuasaan dilihat cukup baik dalam memastikan pengunjung mematuhi penjarakkan fizikal serta merekodkan kemasukan pelanggan dan setiap perniaga akan di sediakan tapak untuk berniaga dengan jarak ditetapkan dengan perniaga-perniaga yang lain.

“Unit Promosi Kesihatan juga membuka khemah di situ untuk memberi peluang dan membantu kepada semua penduduk Tampin untuk pendaftaran vaksin dan Pihak PDRM juga membantu kami dari segi pemantauan dengan memberi risalah berkaitan langkah- langkah pencegahan wabak COVID-19 kepada orang awam.

“Program ini berkerjasama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tampin, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan Unit Promosi Kesihatan Daerah Tampin,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda