Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Sabah Baini: 88 Pakej Pelancongan untuk Penjawat Awam

By 25 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norliza Yusof/Merusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 25 April (Malaysiaaktif) – ‘Sabah Baini’ menawarkan 88 pakej pelancongan kepada penjawat awam Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri, berkata inisiatif tersebut adalah platform terbaik untuk mendekati kumpulan sasaran dalam usaha membantu pemain industri pelancongan yang terkesan.

Menurutnya, penularan wabak COVID-19 sememangnya memberikan impak yang cukup besar kepada sektor pelancongan negara terutama dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Oleh itu, Tourism Malaysia sempena Kempen Cuti-Cuti Malaysia telah melancarkan inisiatif Pakej Cuti Penjawat Awam Sabah dan Labuan, ‘Sabah Baini!’ dalam usaha menghidupkan kembali pelancongan domestik negara terutama ketika pintu-pintu masuk negara masih ditutup untuk kemasukan pelancong antarabangsa.

“Pakej yang mendapat kerjasama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ini dilihat sebagai platform terbaik untuk mendekati kumpulan sasaran bagi usaha membantu pemain industri pelancongan yang terkesan.

“Ini memandangkan kongres tersebut merupakan gabungan kesatuan yang mewakili penjawat awam Malaysia dengan keahlian 1.2 juta daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam,” jelasnya ketika melancarkan program tersebut di sebuah hotel, di sini kelmarin.

GIMIK...Nancy semasa menyempurnakan gimik pelancaran.

GIMIK…Nancy semasa menyempurnakan gimik pelancaran.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin.

Tambah Nancy, pakej berkenaan merupakan kesinambungan yang baik bagi menghargai para penjawat awam di seluruh Malaysia khususnya buat mereka yang telah mencurahkan khidmat bakti ketika negara dibelenggu pandemik COVID-19.

“Sebanyak 88 pakej ditawarkan sehingga 31 Disember 2021 oleh 37 agensi pelancongan, 22 hotel serta lima produk pelancongan dan turut dipanjangkan kepada pesara-pesara kerajaan.

“Syabas dan terima kasih atas kerjasama baik semua dalam menghasilkan pakej yang menarik bagi mempromosikan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di peringkat domestik.

“Diharap juga melalui pakej-pakej menarik yang ditawarkan ini dapat menarik ramai penjawat awam dan pesara untuk melancong dalam negara sekaligus memastikan usaha memajukan industri pelancongan domestik dapat dijayakan,” ujar beliau.

Pakej terbabit turut mendapat kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah Chapter, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Sabah Tourist Association (STA), Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA), MASwings dan agensi-agensi pelancongan yang terlibat.

RISALAH...Nancy (tengah) dan Jafry (kiri) menunjukkan risalah pakej.

RISALAH…Nancy (tengah) dan Jafry (kiri) menunjukkan risalah pakej.

-RI

Tinggalkan komen anda