Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Sinergi LabuanFM Kongsi Nikmat Ramadan Bersama

By 24 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/RTM Labuan

LABUAN, 24 April (Malaysiaaktif) – Progam Sinergi LABUANfm: ‘Nikmat Ramadan Dikongsi Bersama’ menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Tahfiz al-Quran Seri Merinding dan Maahad Tahfiz al-Quran al-Badr (MTAA-HAFIZ).

Menurut Pengarah Penyiaran Labuan Aminah Samsudin Mohd, antara objektif pelaksanaan program adalah untuk menunjukkan kecaknaan melalui aktiviti tanggungjawab sosial terhadap masyarakat setempat.

“Secara tidak langsung ia sebagai meraikan dan mendekati para pelajar tahfiz melalui aktiviti kunjung ziarah malah melalui penyampaian bantuan sumbangan mengikut keperluan pusat tahfiz masing-masing ini membolehkan mereka meneruskan aktiviti pembelajaran dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya yang ditemui dalam program itu di pusat tahfiz tersebut, di sini semalam.

Aminah memaklumkan, program ini juga dapat mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan yang lain serta swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Suri Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Labuan.

Dayang Monira (berdiri tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama para pelajar tahfiz.

Dayang Monira (berdiri tiga dari kiri) bergambar kenangan bersama para pelajar tahfiz.

“Pada program kali ini, Sinergi LabuanFM menyampaikan juadah berbuka puasa kepada para pelajar tahfiz manakala rakan kerjasama strategik kali ini iaitu PUSPANITA Labuan.

“Selain mendekati pendengar, ia sekaligus mempromosikan program-program RTM dan boleh mendapatkan maklum balas pendengar mengenai siaran LabuanFM,” jelasnya.

Pengerusi Puspanita Labuan Dayang Monira Mohd Yusof, berkata PUSPANITA Labuan amat berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan LabuanFM kali ini menerusi program tersebut dengan menyampaikan barang-barang keperluan seperti penghawa dingin, kipas, bantal serta makanan.

“Selain PUSPANITA sumbangan juga diterima daripada para ahli serta orang perseorangan dan diharap sumbangan yang diterima ini dapat memenuhi keperluan para pelajar di sini,” kongsinya.

Aminah (berdiri dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Al Quran Al Badr.

Aminah (berdiri dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tahfiz al-Quran al-Badr.

-RI

Tinggalkan komen anda