Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tiga Suspek Pecah Rumah Ditangkap

By 29 April 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/IPD Gombak

GOMBAK, 29 April (Malaysiaaktif) – Polis berjaya menangkap tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk sebuah rumah di Taman Sri Gombak, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kejadian sekitar pukul 3.30 petang pengadu (mangsa) dimaklumkan bahawa rumahnya telah dipecah masuk dua lelaki yang memakai topi keledar.

“Ketika kejadian, hanya isteri dan anak pengadu berada di rumah dan salah seorang suspek telah mengacukan sebilah pisau ke leher isteri pengadu serta memaksa membuka peti keselamatan.

“Suspek telah mengambil barang-barang kemas peribadi, sebuah telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM2,000 serta mata wang asing berjumlah USD500 dan nilai kerugian dianggarkan RM40,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Arifai, hasil maklumat pihaknya berjaya menangkap tiga lelaki disyaki terlibat di dalam kes tersebut di tiga lokasi berasingan di sekitar daerah Gombak dan Hulu Selangor semalam.

‘Semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang dan telah dibenarkan tahan reman selama tujuh hari sehingga 4 Mei ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, Samun Berkumpulan Menggunakan Senjata.

“Siasatan lanjut masih lagi diteruskan untuk mengesan rakan sejenayah yang masih bebas dan mengenal pasti penglibatan kumpulan ini di dalam kes-kes lain,” jelasnya.

Katanya, pihaknya turut berjaya merampas turut merampas barang-barang seperti telefon bimbit dan barang-barang kemas yang dipercayai milik mangsa.

-RI

Tinggalkan komen anda