Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Agong dan Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Hari Wesak

By 26 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Istana Negara

PUTRAJAYA, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Menurut kenyataan Istana Negara menerusi Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dalam kebiasaan baharu dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak COVID-19 dengan bersama berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” titah Seri Paduka Baginda berdua.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda