Skip to main content
Berita TengahMAPerak

Empat SJR Dilaksanakan di Mukim Taiping

By 7 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Empat sekatan jalan raya (SJR) di Mukim Taiping mula dilaksanakan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Assisten Komisioner Osman Mamat, berkata empat sekatan jalan raya tersebut ialah di Persimpangan Jalan Air Putih/Jalan Ipoh/Butterworth, Jalan Changkat Larah, Persimpangan Jalan Taiping/Kuala Sepetang dan Jalan Air Kuning berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Menteri.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menutup beberapa jalan di kawasan Mukim Taiping iaitu di Persimpangan Lampu Isyarat Tol Taiping (U) yang menghala ke Jalan Simpang, Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Tembaga Kuning/Jalan Simpang (ADTEC), Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Simpang Halt/Jalan Simpang dan Persimpangan Jalan Taman Ramai/Jalan Changkat Jering,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

Menurutnya lagi, tujuan sekatan jalan raya dan penutupan di beberapa jalan raya dilakukan untuk memastikan pergerakan keluar masuk penduduk dapat dikawal supaya dapat mencegah penularan jangkitan COVID-19 daripada merebak ke komuniti.

Keadaan kenderaan di jalan raya ketika sekatan jalan raya diadakan di Changkat Larah.

Keadaan kenderaan di jalan raya ketika sekatan jalan raya diadakan di Changkat Larah.

“Terdapat tiga kluster aktif di kawasan Taiping iaitu Kluster Jalan Kolam Dua, Kluster Jalan Pokok Assam dan Kluster Jalan Sepat telah menyebabkan PKP dikenakan di mukim tersebut selama dua minggu bermula hari ini.

“Pekerja-pekerja yang bekerja didalam mukim ini hanya perlu tunjukkan pas pekerja ataupun surat daripada majikan jika melalui kawasan sekatan jalan raya tersebut,” ujarnya.

Petugas barisan hadapan sedang menyemak kelulusan borang rentas daerah daripada orang awam.

Petugas barisan hadapan sedang menyemak kelulusan borang rentas daerah daripada orang awam.

Tambah Osman, surat kebenaran rentas daerah atau mukim hanya diluluskan kepada mereka yang mempunyai kes kecemasan, sakit, kematian ahli keluarga terdekat atau pasangan suami isteri jarak jauh (PJJ).

~RJ~

Tinggalkan komen anda