Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Naik 0.4 Peratus pada Suku Pertama

By 6 Mei 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPrP) bagi suku tahun pertama 2021 meningkat 0.4 peratus kepada 110.2 berbanding 109.8 pada suku yang sama tahun sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

IHPrP diterbitkan bagi mengukur purata perubahan harga perkhidmatan yang dikenakan oleh industri perkhidmatan tempatan di Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata subsektor utama yang menunjukkan kepada peningkatan indeks ini ialah penginapan, dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (1.4 peratus), aktiviti hartanah (1.4 peratus), kesihatan (1.3 peratus), pendidikan (0.8 peratus) dan pengangkutan (0.1 peratus).

“Bagaimanapun, indeks bagi kesenian, hiburan dan rekreasi serta maklumat dan komunikasi masing- masing menunjukkan penurunan 1.2 peratus dan 0.1 peratus, manakala indeks profesional tidak berubah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perbandingan suku tahunan pula, Mohd Uzir berkata indeks meningkat kepada 0.1 peratus, yang disumbangkan oleh subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi (1.0 peratus), pendidikan (0.4 peratus), aktiviti hartanah (0.4 peratus), penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman (0.3 peratus) dan kesihatan (0.1 peratus).

“Indeks bagi pengangkutan menurun 0.5 peratus manakala subsektor profesional dan maklumat dan komunikasi adalah tidak berubah,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda