Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerajaan Peka Kebajikan Mangsa Kebakaran Kampung Meruntum

By 19 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Bustan Made Aming/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

PUTATAN, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri peka terhadap kebajikan mangsa kebakaran Kampung Meruntum dengan memberikan kebenaran mendirikan semula kesemua rumah terjejas dalam insiden 15 Mei lepas.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, berkata Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Bahagian Zakat dan Kebajikan juga sentiasa prihatin dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

“Selain bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung, kerajaan akan memberi kebenaran untuk mendirikan semula rumah di tapak tersebut.

“Kawasan kebakaran itu merupakan tanah kerajaan, melalui pemantauan wakil rakyat, rumah akan didirikan semula secara tersusun dan baik,” katanya ketika ditemui media dalam lawatan mangsa kebakaran Kampung Meruntum di Dewan Sri Serigai, di sini kelmarin.

Pada lawatan sama, Hajiji turut menyampaikan bantuan wang ihsan daripada kerajaan negeri, manakala Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah memberikan bantuan berbentuk bahan mentah, peralatan dapur dan bahan binaan rumah.

Sementara itu, MUIS dan Perbadanan Baitulmal menyampaikan bantuan masing-masing berjumlah RM48,000 dan RM10,000.

Untuk rekod, kebakaran yang berlaku pada lewat petang Sabtu lepas memusnahkan 35 buah rumah menyebabkan 83 mangsa ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Sri Serigai dan Dewan Sri Keramat.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Arifin Mohd Arif dan Pegawai Daerah Putatan, Hassan Mahali.

-RI

Tinggalkan komen anda